Wanita dan Politik


UMNO Women NGO – Women with many faces and many intentions
March 16, 2008, 5:01 pm
Filed under: wanita | Tags: , , , , ,

I felt so disgusted reading the NST online news: “Women NGOs urge Sultan to delay MB swearing-in, consider BN minority government”.  Extracted from the news: Nine women NGOs have made an urgent plea for the Sultan of Perak Sultan Azlan Shah to postpone the swearing-in ceremony scheduled tomorrow and to consider instead the option of a minority BN government.

Who are the hell are these people? Have they spoken publicly before about the sexist remarks by this Datuk Bung Mokhtar Raden Bung Mokhtar and few others UMNO sexists club?  Is it true these nine NGOs women represent women voices from these agencies:
1. The districts Perak Women and Family Development Council
2. The (WI) Women Grouping
3. The Gerakwanis Belia 4B
4. The Perak Malaysian Muslim Women Welfare Body
5. The Perak Women Cooperative
6. The members of the Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)
7. The Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
8. The Henry Gurney Alumni
9. The women members of the Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

Can somebody enlighten me if these women had obtained some sort of petitient or poll from these nine agencies before publicly announcing to the world that they are representing these nine agencies to reject the majority of the voters’ decision and to reject the decision made by the Pemangku Sultan Perak to appoint PAS member as MB Perak?

And who the hell is this Datuk Kamilia Ibrahim? My google search tells me that:
1. Oooohh she just recently got a blog: http://kamiliaibrahim.com/

2. Datuk Kamilia Ibrahim of the Umno Women’s Wing called for the enactment of a new law to govern the affairs of non-Muslims. ‘There should be specific laws governing the setting up of places of worship. We now see places of worship all over the place, from under the tree to on the roadside,’ said Datuk Kamilia. She also warned other races ‘not to play with fire’ and undermine racial unity.

3. Dato’ Kamilia Ibrahim, aged 53, Malaysian, was appointed to the Board of KUB Malaysia Berhad on 28 April 1997. She sits on the Boards of several KUB Malaysia Berhad subsidiaries including ITTAR Sdn Bhd, Universiti Tun abdul Razak Sdn Bhd (UNITAR), Pernida Berhad and Restoran Kualiti Sdn Bhd. In addition, she is the Chairman of ITTAR-IPP (PJ) Sdn Bhd and ITTAR -ILP (Prai) Sdn Bhd.

4.  TETUAN KAMILIA IBRAHIM & CO - Is this her law firm? – http://www.klbar.org.my/classifieds/opportunities.asp, and ahhh her company is also one of the solicitor for Amanah Saham Mara Berhad

5. She is also Pemadam Secretary General

Hmmm judge yourself who is this Datuk Kamilia Ibrahim????? Can she represent the voices of women NGO since she herself is a lawyer cum UMNO politician? Do you know that in wikipedia, NGO means:

A non-governmental organization (NGO) is a legally constituted organization created by private persons or organizations with no participation or representation of any government. In the cases in which NGOs are funded totally or partially by governments, the NGO maintains its non-governmental status insofar as it excludes government representatives from membership in the organization.



Syabas PAS Selangor
March 14, 2008, 12:29 pm
Filed under: Selangor
Sembilan formula PAS Selangor pastikan urus tadbir kerajaan negeri berkesan
Wan Nordin Wan Yaacob
Fri | Mar 14, 08 | 1:09:28 pm MYT
SHAH ALAM, 14 Mac (Hrkh) – Dalam memastikan urustadbir kerajaan Negeri Selangor lebih mantab dan berkesan PAS Selangor akan mengambil sembilan langkah bagi tujuan tersebut, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali. <!—-><!—->Menurutnya, langkah pertama semua exco, ahli Parlimen dan Adun diwajibkan membuat perisytiharan harta dalam masa terdekat.

Selain itu ahli Exco akan hanya menggunakan kereta yang sedia ada sahaja, dan tidak ada kereta baru yang akan diberi kepada mereka, katanya.

Ketiga, toidak ada kerja-kerja pembaikpulihan besar dan membazir terhadap pejabat atau kediaman yang diperuntukan kepada ahli Exco, katanya.

Seterusnya ahli Exco juga dilarang daripada terbabit dengan sebarang perniagaan, katanya.

“Majlis ambutan kemenangan yang melibatkan Exco, ahli Parlimen dan Adun PAS hendaklah dibiayai dengan wang sendiri tanpa libatkan peruntukan wang awam, atau kerajaan negeri,” ujar Dr Hasan dalam sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS Selangor dekat Pusat Perniagaan Worldwide dekat sini hari ini.

Kesemua ahli Parlimen dan Adun PAS juga diminta agar memberi khidmat kepada semua rakyat tidak mengira kaum mahupun agama, katanya.

Semua Dun dan Parlimen yang dimenangi PAS atau tidak hendaklah menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat yang akan memberi khitmad secara adil kepada semua kaum di negeri ini, ujarnya.

PAS Selangor juga melafazkan taat setia kepada DYMM Sultan Selangor serta mempertahankan kedaulatan Baginda Sultan dalam apa jua keadaan sekalipun, ujar Dr Hassan.

Sementara itu mengulas mengenai isu pelantikan Timbalan Menteri Besar Selangor Dr Hasan menegaskan beliau tidak mahu memberi ulasan sebaliknya menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memilihnya.

Beliau juga enggan mendedahkan nama-nama Exco yang akan dilantik di kalangan Adun PAS, dan hanya berkata bahawa masanya belum tiba untuk diumumkan.

“Senarai sudah ada tetapi biarlah ia tidak diumumkan buat sementara,” ujarnya.

Apa yang penting katanya ialah memberi khidmat kepada pengundi, dan untuk itu PAS Selangor mengucapkan sekalung penghargaan kepada pengundi yang telah memilih PAS dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.



Terima Kasih Sultan Perlis
March 14, 2008, 11:53 am
Filed under: Perlis | Tags: , , ,

Kita tersentuh dengan penglibatan Sultan Perlis yang meletakkan kestabilan dan kemakmuran rakyat sebagai prioriti utama di dalam membuat pertabalan rasmi jawatan Menteri Besar Perlis. Shahidan Kasim di seru untuk turun dan menerima keputusan Sultan Perlis. Sungguh biadap sekiranya Shahidan cuba mencabar Sultan Perlis dalam usahanya untuk mengekalkan takhta sebagai Menteri Besar ala gangster di Perlis.Buruk perangai Shahidan Kasim amat menyakitkan hati. Perlis adalah negeri yang terkecil di Malaysia berdasarkan ukuran saiz tetapi mempunya defisit tinggi yang hampir sama dengan negeri Pahang. Ukuran saiz negeri bukan menunjukkan kemunduran tetapi sekiranya hutang-hutang yang belum di langsaikan semakin bertimbun, jelaslah selama pentadbiran Shahidan, Perlis di tadbir dengan cara berhutang. Kerajaan negeri tidak cuba untuk melangsaikan hutang ini. Hati ini semakin sakit dan marah apabila Shahidan yang mempunyai autonomi usaha untuk memajukan Bernas rupa-rupanya adalah ‘api dalam sekam’. Bernas di tubuhkan untuk menolong pesawah-pesawah miskin, tetapi Shahidan menggunakan Bernas untuk memperkayakan diri, keluarga dan adik-beradiknya. Sedih melihat Shahidan, orang melayu dan beragama Islam, dan mempunyai autonomi untuk membawa perubahan murni untuk rakyat Perlis, sebaliknya hanya mengguna kuasa untuk memperkayakan diri sendiri. Rakyat Perlis dan Negeri Perlis di tadbir menggunakan hutang dari Kerajaan Pusat. Kegagalan-kegagalan ini dan moral korup Shahidan sudah cukup untuk menjadi indikator kenapa Shahidan mesti di tolak. Rakyat Perlis yang kecil bilangan berbanding dengan negeri-negeri lain tidak seharusnya terus di tipu dan lena dengan taburan hutang-hutang negeri yang tidak akan terlangsai sekiranya Shahidan di naikkan lagi sebagai Menteri Besar Perlis. Biarpun BN Perlis mencapai kemenangan besar, semua di Malaysia tahu siapa Shahidan Kasim. Kita mesti berterima kasih kepada Sultan Perlis kerana bersuara dalam membawa perubahan positif kepada rakyat di negeri Perlis.



Wanita dalam politik Malaysia
March 13, 2008, 2:28 pm
Filed under: wanita | Tags: , , , ,

Perkembangan landskap baru politik Malaysia yang banyak melihat penglibatan calon-calon wanita di pilihanraya amatlah saya  banggakan. Inilah salah satu ciri Malaysia Baru yang saya mimpikan.

Saya membawa harapan jauh untuk melihat Teresa Kok di lantik sebagai Timbalan Menteri di Selangor. Teresa adalah calon yang sesuai dan mempunyai kredibiliti tinggi dan beliau adalah layak untuk jawatan tersebut. Tetapi melihat kepada kepayahan perubahan, saya mengambil maklum peranan Sultan Selangor yang kita kasihi. Kita tahu Tuanku juga berdepan dengan kesakitan dan kepayahan ke arah perubahan. Tuanku meletakkan kemakmuran dan kestabilan rakyat dalam prioriti nya, dan saya maklum, Tuanku sentiasa berfikir tentang kepayahan dan kesakitan perubahan yang rakyat alami. Hati saya memujuk untuk bersabar. Hati saya berkata ‘kita ini kearah Malaysia Baru’ dan ‘masa’ itu adalah onak yang kita mesti lalui. Perubahan tidak akan berlaku sekelip masa. Perubahan itu payah dan sakit.

Di Kelantan dan Kedah, pentadbiran baru negeri memberi suara dan kuasa rasmi kepada wanita untuk terlibat sama dalam pentadbiran negeri. Saya melihat ini sebagai usaha positif PAS untuk membawa peranan wanita dalam politik dengan lebih jauh. Saya menyayangi Tok Guru, mengkagumi beberapa pemimpin PAS, malah akan tetap memberi undi kepada PAS, tetapi saya tidak akan menyertai PAS. Malaysia yang bercirikan ‘paternalistic’ sudah cukup payah untuk saya sebagai wanita di lihat sama dan kebolehan saya di tempat kerja patut menerima treatment yang sama. Justeru itu saya tidak mahu dan tidak mungkin menyertai PAS kerana kehidupan ngeri sebagai warga wanita yang bekerja sentiasa saya rasa. Walaupun begitu, saya mengucapkan syabas kepada pemimpin-pemimpin PAS dan mereka harus berjanji memberi suara dan confident yang lebih kepada srikandi-srikandi politik wanita PAS. Itu sudah cukup untuk saya jadikan pil penenang untuk melihat Malaysia Baru dalam kepayahan dan kesakitan perubahan.

Namun begitu, kepada Teresa Kok dan srikandi-srikandi yang telah dipilih membawa suara rakyat, teruskan usaha ke arah Malaysia Baru.   



Perubahan itu sakit – Perak
March 13, 2008, 2:06 pm
Filed under: Perak | Tags: , , , ,

Sejak dua hari ini, kita melihat bagaimana parti-parti mengharungi krisis dalam proses melayakkan mereka mendapat kuasa pentadbiran secara rasmi. Pernyataan Lim Kit Siang semalam macam sembilu menusuk hati. Pernyataannya memboikot pilihan pemangku Sultan Perak adalah sesuatu yang tidak pernah saya sangka. Ya, saya gunakan perkataan biadap di sini kerana itulah yang sebenarnya. Sungguh biadap!

Hari ini Lim Kit Siang mewakili DAP menyampaikan maaf terbuka kepada Pemangku Sultan Perak dan juga tidak akan memboikot pilihanraya. Peribahasa berkata ‘terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya’. Hati ini masih terguris dengan sikap DAP, dan hati ini semakin terguris bila PKR mengugut akan memulaukan pentadbiran campuran ini kerana tidak berpuas hati dengan agihan kerusi. Ya, hati terguris ini semakin rungsing apabila melihat agihan kerusi yang di warkan dan wujud lagi perselisihan faham antara parti-parti baru ini. Hati yang sakit ini bertanya ‘sampai begitukah realiti parti-parti ini berjuang untuk Malaysia Baru’. Saya memuji dan mengkagumi tindakan Pemangku Sultan Perak yang menangguhkan upacara angkat sumpah Menter Besar hari ini. Itu yang terbaik kerana setiap masa, Sultan adalah simbolik dan mempunyai bidang kuasa untuk mengekalkan kestabilan dan menjamin keselamatan rakyat.

Walaupun begitu, sebagai manusia yang mempunyai daya intelek pemberian tuhan, saya tidak akan membiarkan emosi menguasai pemikiran rasional ini. Malaysia Baru tidak akan musnah hanya pergeseran ini. Saya sedar perubahan itu sakit dan susah. Perak dalam proses transisi untuk berubah harus melalui kesakitan dan kepayahan ini. Namun, pemikiran rasional ini bertanya lagi. Berbaloikah dengan kesakitan dan kepayahan ini! Hati yang sakit ini melihat semakin jauh kedepan. Hati yang sakit ini melihat beberapa generasi warisan saya di masa depan. Hati yang sakit ini tetap berkata ”kepayahan dan kesakitan ini adalah pengorbanan untuk Malaysia Baru”. Ya, biarlah sakit, biarlah payah, saya tetap menantikan Malaysia Baru.

Saya menyeru DAP, PAS dan PKR meneruskan usaha kepada Malaysia Baru dan membuang perasaan tamakkan kuasa. Sabar itu adalah kuasa dalam membantu rakyat Perak mengharungi kesakitan dan kepayahan menghadapi perubahan. Sabarlah! Tidak semua yang kita idamkan akan dapat untuk Malaysia Baru dalam masa yang singkat. Sabarlah! Terima apa yang ada, dan bergerak lah dari situ. Hala tuju kita sama, dan kita tahu perubahan itu sakit. Bantulah rakyat dan bersama-samalah mengembleng mereka ke arah halatuju kita ke arah Malaysia Baru. 



Malaysia Baru dan Harapan
March 13, 2008, 1:41 pm
Filed under: hope | Tags: , , , ,

Sudah seminggu tidur saya terganggu. Kalau Tengku Adnan hendak mencari deskripsi lengkap pembaca blog sepenuh masa, dia boleh merekodkan aktiviti saya untuk di panggil pembaca blog sepenuh masa. Walaupun saya perempuan, tetapi saya bekerja sepenuh masa juga. Saya membaca blog berkaitan politik, dan dalam seminggu ini, saya semakin sedar bahawa politik adalah sebahagian hidup warga Malaysia yang berfikir tentang masa depan.

Blog ini wujud kerana kesedaran ini. Hati semakin sakit melihat keadaan yang tidak menentu. Saya bagaikan lilin yang terbakar. Harapan saya jelas tentang Malaysia Baru. Hati saya tetap mengatakan Malaysia Baru sudah di sini. Tetapi lilin ini, harapan ini, semakin terbakar, dan cahaya nya juga semakin malap. Entahlah, mungkin Malaysia Baru belum sampai. Mungkin ini adalah transisi atau persinggahan masa sebelum melangkah kepada dimensi masa yang baru. Mungkin Malaysia Baru bukan di masa ini. Mungkin Malaysia Baru masih jauh perjalanannya. Mungkin Malaysia Baru akan mengambil dua pilihanraya lagi untuk merealisasikan harapan saya untuk melihat, hidup dan bernafas dalam Malaysia Baru.

Blog ini justeru harus terus membakar diri seperti lilin demi melihat Malaysia Baru. 




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.