Wanita dan Politik


Syabas PAS Selangor
March 14, 2008, 12:29 pm
Filed under: Selangor
Sembilan formula PAS Selangor pastikan urus tadbir kerajaan negeri berkesan
Wan Nordin Wan Yaacob
Fri | Mar 14, 08 | 1:09:28 pm MYT
SHAH ALAM, 14 Mac (Hrkh) – Dalam memastikan urustadbir kerajaan Negeri Selangor lebih mantab dan berkesan PAS Selangor akan mengambil sembilan langkah bagi tujuan tersebut, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohd Ali. <!—-><!—->Menurutnya, langkah pertama semua exco, ahli Parlimen dan Adun diwajibkan membuat perisytiharan harta dalam masa terdekat.

Selain itu ahli Exco akan hanya menggunakan kereta yang sedia ada sahaja, dan tidak ada kereta baru yang akan diberi kepada mereka, katanya.

Ketiga, toidak ada kerja-kerja pembaikpulihan besar dan membazir terhadap pejabat atau kediaman yang diperuntukan kepada ahli Exco, katanya.

Seterusnya ahli Exco juga dilarang daripada terbabit dengan sebarang perniagaan, katanya.

“Majlis ambutan kemenangan yang melibatkan Exco, ahli Parlimen dan Adun PAS hendaklah dibiayai dengan wang sendiri tanpa libatkan peruntukan wang awam, atau kerajaan negeri,” ujar Dr Hasan dalam sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS Selangor dekat Pusat Perniagaan Worldwide dekat sini hari ini.

Kesemua ahli Parlimen dan Adun PAS juga diminta agar memberi khidmat kepada semua rakyat tidak mengira kaum mahupun agama, katanya.

Semua Dun dan Parlimen yang dimenangi PAS atau tidak hendaklah menubuhkan Pusat Khidmat Masyarakat yang akan memberi khitmad secara adil kepada semua kaum di negeri ini, ujarnya.

PAS Selangor juga melafazkan taat setia kepada DYMM Sultan Selangor serta mempertahankan kedaulatan Baginda Sultan dalam apa jua keadaan sekalipun, ujar Dr Hassan.

Sementara itu mengulas mengenai isu pelantikan Timbalan Menteri Besar Selangor Dr Hasan menegaskan beliau tidak mahu memberi ulasan sebaliknya menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memilihnya.

Beliau juga enggan mendedahkan nama-nama Exco yang akan dilantik di kalangan Adun PAS, dan hanya berkata bahawa masanya belum tiba untuk diumumkan.

“Senarai sudah ada tetapi biarlah ia tidak diumumkan buat sementara,” ujarnya.

Apa yang penting katanya ialah memberi khidmat kepada pengundi, dan untuk itu PAS Selangor mengucapkan sekalung penghargaan kepada pengundi yang telah memilih PAS dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.