Wanita dan Politik


Perubahan itu sakit – Perak
March 13, 2008, 2:06 pm
Filed under: Perak | Tags: , , , ,

Sejak dua hari ini, kita melihat bagaimana parti-parti mengharungi krisis dalam proses melayakkan mereka mendapat kuasa pentadbiran secara rasmi. Pernyataan Lim Kit Siang semalam macam sembilu menusuk hati. Pernyataannya memboikot pilihan pemangku Sultan Perak adalah sesuatu yang tidak pernah saya sangka. Ya, saya gunakan perkataan biadap di sini kerana itulah yang sebenarnya. Sungguh biadap!

Hari ini Lim Kit Siang mewakili DAP menyampaikan maaf terbuka kepada Pemangku Sultan Perak dan juga tidak akan memboikot pilihanraya. Peribahasa berkata ‘terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya’. Hati ini masih terguris dengan sikap DAP, dan hati ini semakin terguris bila PKR mengugut akan memulaukan pentadbiran campuran ini kerana tidak berpuas hati dengan agihan kerusi. Ya, hati terguris ini semakin rungsing apabila melihat agihan kerusi yang di warkan dan wujud lagi perselisihan faham antara parti-parti baru ini. Hati yang sakit ini bertanya ‘sampai begitukah realiti parti-parti ini berjuang untuk Malaysia Baru’. Saya memuji dan mengkagumi tindakan Pemangku Sultan Perak yang menangguhkan upacara angkat sumpah Menter Besar hari ini. Itu yang terbaik kerana setiap masa, Sultan adalah simbolik dan mempunyai bidang kuasa untuk mengekalkan kestabilan dan menjamin keselamatan rakyat.

Walaupun begitu, sebagai manusia yang mempunyai daya intelek pemberian tuhan, saya tidak akan membiarkan emosi menguasai pemikiran rasional ini. Malaysia Baru tidak akan musnah hanya pergeseran ini. Saya sedar perubahan itu sakit dan susah. Perak dalam proses transisi untuk berubah harus melalui kesakitan dan kepayahan ini. Namun, pemikiran rasional ini bertanya lagi. Berbaloikah dengan kesakitan dan kepayahan ini! Hati yang sakit ini melihat semakin jauh kedepan. Hati yang sakit ini melihat beberapa generasi warisan saya di masa depan. Hati yang sakit ini tetap berkata ”kepayahan dan kesakitan ini adalah pengorbanan untuk Malaysia Baru”. Ya, biarlah sakit, biarlah payah, saya tetap menantikan Malaysia Baru.

Saya menyeru DAP, PAS dan PKR meneruskan usaha kepada Malaysia Baru dan membuang perasaan tamakkan kuasa. Sabar itu adalah kuasa dalam membantu rakyat Perak mengharungi kesakitan dan kepayahan menghadapi perubahan. Sabarlah! Tidak semua yang kita idamkan akan dapat untuk Malaysia Baru dalam masa yang singkat. Sabarlah! Terima apa yang ada, dan bergerak lah dari situ. Hala tuju kita sama, dan kita tahu perubahan itu sakit. Bantulah rakyat dan bersama-samalah mengembleng mereka ke arah halatuju kita ke arah Malaysia Baru. 


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: