Wanita dan Politik


Wanita dalam politik Malaysia
March 13, 2008, 2:28 pm
Filed under: wanita | Tags: , , , ,

Perkembangan landskap baru politik Malaysia yang banyak melihat penglibatan calon-calon wanita di pilihanraya amatlah saya  banggakan. Inilah salah satu ciri Malaysia Baru yang saya mimpikan.

Saya membawa harapan jauh untuk melihat Teresa Kok di lantik sebagai Timbalan Menteri di Selangor. Teresa adalah calon yang sesuai dan mempunyai kredibiliti tinggi dan beliau adalah layak untuk jawatan tersebut. Tetapi melihat kepada kepayahan perubahan, saya mengambil maklum peranan Sultan Selangor yang kita kasihi. Kita tahu Tuanku juga berdepan dengan kesakitan dan kepayahan ke arah perubahan. Tuanku meletakkan kemakmuran dan kestabilan rakyat dalam prioriti nya, dan saya maklum, Tuanku sentiasa berfikir tentang kepayahan dan kesakitan perubahan yang rakyat alami. Hati saya memujuk untuk bersabar. Hati saya berkata ‘kita ini kearah Malaysia Baru’ dan ‘masa’ itu adalah onak yang kita mesti lalui. Perubahan tidak akan berlaku sekelip masa. Perubahan itu payah dan sakit.

Di Kelantan dan Kedah, pentadbiran baru negeri memberi suara dan kuasa rasmi kepada wanita untuk terlibat sama dalam pentadbiran negeri. Saya melihat ini sebagai usaha positif PAS untuk membawa peranan wanita dalam politik dengan lebih jauh. Saya menyayangi Tok Guru, mengkagumi beberapa pemimpin PAS, malah akan tetap memberi undi kepada PAS, tetapi saya tidak akan menyertai PAS. Malaysia yang bercirikan ‘paternalistic’ sudah cukup payah untuk saya sebagai wanita di lihat sama dan kebolehan saya di tempat kerja patut menerima treatment yang sama. Justeru itu saya tidak mahu dan tidak mungkin menyertai PAS kerana kehidupan ngeri sebagai warga wanita yang bekerja sentiasa saya rasa. Walaupun begitu, saya mengucapkan syabas kepada pemimpin-pemimpin PAS dan mereka harus berjanji memberi suara dan confident yang lebih kepada srikandi-srikandi politik wanita PAS. Itu sudah cukup untuk saya jadikan pil penenang untuk melihat Malaysia Baru dalam kepayahan dan kesakitan perubahan.

Namun begitu, kepada Teresa Kok dan srikandi-srikandi yang telah dipilih membawa suara rakyat, teruskan usaha ke arah Malaysia Baru.   


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: