Wanita dan Politik


Malaysia Baru dan Harapan
March 13, 2008, 1:41 pm
Filed under: hope | Tags: , , , ,

Sudah seminggu tidur saya terganggu. Kalau Tengku Adnan hendak mencari deskripsi lengkap pembaca blog sepenuh masa, dia boleh merekodkan aktiviti saya untuk di panggil pembaca blog sepenuh masa. Walaupun saya perempuan, tetapi saya bekerja sepenuh masa juga. Saya membaca blog berkaitan politik, dan dalam seminggu ini, saya semakin sedar bahawa politik adalah sebahagian hidup warga Malaysia yang berfikir tentang masa depan.

Blog ini wujud kerana kesedaran ini. Hati semakin sakit melihat keadaan yang tidak menentu. Saya bagaikan lilin yang terbakar. Harapan saya jelas tentang Malaysia Baru. Hati saya tetap mengatakan Malaysia Baru sudah di sini. Tetapi lilin ini, harapan ini, semakin terbakar, dan cahaya nya juga semakin malap. Entahlah, mungkin Malaysia Baru belum sampai. Mungkin ini adalah transisi atau persinggahan masa sebelum melangkah kepada dimensi masa yang baru. Mungkin Malaysia Baru bukan di masa ini. Mungkin Malaysia Baru masih jauh perjalanannya. Mungkin Malaysia Baru akan mengambil dua pilihanraya lagi untuk merealisasikan harapan saya untuk melihat, hidup dan bernafas dalam Malaysia Baru.

Blog ini justeru harus terus membakar diri seperti lilin demi melihat Malaysia Baru.